Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Buat Duit Dengan Menjual Ebook / Make Money With Selling Ebook

Buat Duit Dengan Menjual Ebook / Make Money With Selling Ebook


Tahukah anda bahawa anda boleh kaya dengan menjual ebook sahaja. Adakah anda mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang. Anda mungkin pandai dalam blogging, seo, pemasaran, kesihatan, masakan dan sebagainya. Anda boleh menjual ilmu anda itu dengan memasukkannya ke dalam ebook dan menjualnya bagi mendapatkan keuntungan.

Menjual Ebook adalah berbeza dengan kaedah penjualan buku cara lama di mana penulis boleh menerbitkan ebook  sendiri dalam masa yang singkat dan berpeluang menjualnya di pasaran yang sangat luas kepada semua pengguna internet. Walau bagaimanapun, penulis ebook mesti menguruskan sendiri semua perkara penerbitan termasuklah pemasaran. 

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum buat duit dengan ebook


#1 – Tetapkan Judul E-book
Seperti merancang buku, e-book yang berjaya menghasilkan jualan sehingga berjuta-juta ringgi adalah e-book yang dirancang dengan baik. Tetapkan judul e-book yang ingin kita terbitkan.
Kemudian senaraikan bab-bab supaya kita dapat menjimatkan masa untuk mendapatkan idea penulisan di blog.
#2 – 1 Karya Sehari
Tulis dan terbit sekurang-kurangnya 1 bab yang dirancang dalam e-book 1 hari sekali. Dalam masa 30 hari, kita sudah selesai menulis 30 artikel. Cara ini berkaitan dengan disiplin dan komitmen harian.
#3 – Cari Audiens Secara Natural
Sedang kita menghasilkan blook, usahakan setiap hari untuk mencari pembaca baru menerusi blog, forum atau social media (Facebook & Twitter). Mengumpul senarai pembaca dari peringkat awal, dapat membantu menukarkan diri mereka kepada pembeli lebih mudah.
#4 – Pakej & Jual
Selepas selesai kesemua bab yang dirancang, pakejkan e-book kita menggunakan perisian-perisian percuma seperti PrimoPDF atau CutePDF. Tukarkan format e-book kita menjadi (.PDF).
Tulis pengumuman mengenai pelancaran e-book, dan tetapkan harga sekitar RM20 minimum jika kita tiada lakukan sebarang pembaharuan terhadap e-book itu. Jika ada penambahbaikan dari sudut isi kandungan atau bonus, harga e-book boleh ditingkatkan lagi.
#5 – Ulang & Kaya
Ulang langkah ini berkali-kali untuk menjual lebih banyak e-book menggunakan strategi blook. Satu daripada formula menjadi kaya dengan e-book adalah bermain dengan kuantiti.
Semakin banyak e-book yang dijual, semakin tinggi potensi pendapatan yang bakal kita peroleh.

Post a Comment

0 Comments